Home > Uncategorized > Lawatan Y.Bhg. Dato’ Abd Ghafar Mahmud ke Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang & PKG Rantau Panjang Semasa Banjir Yang Sedang Melanda

Lawatan Y.Bhg. Dato’ Abd Ghafar Mahmud ke Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang & PKG Rantau Panjang Semasa Banjir Yang Sedang Melanda

Untuk makluman semua, Y.Bhg. Dato’ Abd Ghafar Mahmud iaitu selaku Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang  dan PKG Rantau Panjang pada 10 Januari 2011 yang lalu bersempena dengan keadaan banjir gelombang ketiga yang telah melanda pada masa tersebut. Pada masa ini, sekolah terbabit telah dilanda banjir sejak 31 Disember 2010 lagi. Berikutan keadaan tersebut, maka sesi persekolahan 2011 terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu sehingga banjir pulih seperti sedia kala.

Disamping itu beliau telah turun dan melihat sendiri keadaan banjir yang sering berlaku ketika setibanya musim tengkujuh di sekolah terbabit. Untuk sampai ke sekolah tersebut, beliau terpaksa menaiki pancuan 4 roda berikutan jalan menuju ke sekolah terbabit yang dilimpahi air sedalam 0.28 meter. Kedatangan beliau disambut baik oleh Guru Besar sekolah tersebut dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih dari semua pihak terutamanya pihak guru-guru sekolah terbabit & pihak PKG Rantau Panjang.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: