Home > Uncategorized > Banjir Gelombang Ke 2 & 3 Melanda PKG Pada 31 Disember 2010 Sehingga 10 Januari 2011

Banjir Gelombang Ke 2 & 3 Melanda PKG Pada 31 Disember 2010 Sehingga 10 Januari 2011

Pada 27, 28, 29 & 30 Disember 2010, hujan telah turun dengan lebat  dan dalam  tempoh tersebut paras air Sungai Golok, naik dengan mendadak dan melepasi paras bahaya. Hujan lebat masih berterusan pada 30 Disember 2010 semua pegawai dan staff PKG mula mengemas peralatan pejabat dan semua aset penting untuk diselamatkan. Air Sungai Golok semakin naik ke paras berjaga-jaga.

Pada sebelah malam 30 Disember 2010, paras air Sungai Golok mulai melimpah dan memasuki kawasan-kawasan yang rendah. Pada jam 9.40 malam, air Sungai Golok mula memasuki kawasan SK Rantau Panjang, Kelantan dan pada 20 minit seterusnya  air mulai mencecah masuk ke kawasan PKG.secara perlahan-lahan serta pada masa ini juga hujan masih lagi turun. Pada keesokan hari, iaitu pada 31 Disember 2010 dan pada jam 8.00 pagi, air  telah mula mengelilingi persekitaran kawasan dan telah pun menenggelami lantai PKG iaitu sedalam 0.21 meter. Banjir  ini berterusan sehingga 01 & 02 Januari 2011 dan  telah surut sepenuhnya  pada  03 Januari 2011. Pada masa ini, kerja-kerja pembersihan telah dilakukan oleh para pekerja & staff PKG.

Walaupun banjir gelombang kedua telah pulih sepenuhnya, namun hujan masih lagi turun dengan lebat, pada tarikh-tarikh 03, 04, 05 Januari 2011.  Hujan-hujan ini juga telah mengundang banjir sekali lagi, serta  dalam erti kata lain banjir gelombang ketiga bakal melanda.  Dengan purata hujan yang begitu tinggi dan melebihi dari paras biasa, akhirnya banjir gelombang ketiga terus melanda pada 06 Januari 2011, air dianggarkan telah mula masuk ke sekolah & pkg pada jam 6.00 petang. Banjir kali ini dianggarkan sedalam 0.39 meter yang dicatatkan pada waktu kenaikan air kemuncak. Banjir ini berterusan pada 07, 08, 09, & 10 Januari 2011, dengan demikian, maka sesi persekolahan untuk Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang (SKRP) terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu, berikutan dengan keadaan sekolah yang masih lagi digenangi air.

Pada 11 Januari 2011, air  telah mulai surut sepenuhnya, kerja- kerja pembersihan lantai telah dijalankan sekali lagi pada 11 & 12 Januari  2011, pada waktu ini PKG masih lagi ditutup buat sementara waktu. Setelah kerja-kerja pembersihan lantai telah selesai dijalankan, pada keesokan harinya iaitu pada 13 Januari, PKG telah beroperasi sepenuhnya seperti biasa.  Antara kesan-kesan buruk akibat dari banjir tersebut ialah, meja Juruteknik serta pintu bilik staff serta pintu depan & tandas PKG telah pun rosak akibat terendam di dalam air banjir dalam jangka masa beberapa hari.

 


Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: