Home > Uncategorized > Kursus Dan Bengkel Penggunaan Astro

Kursus Dan Bengkel Penggunaan Astro

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PKG Rantau Panjang telah mengadakan Bengkel/Kursus Pengurusan Pusat Sumber dan NILAM seperti mana berikut :

Tarikh                 :  13 & 14 April 2010

Masa                   :  2.30 – 5.00 ptg

Tempat              :  Bilik Seminar PKG Rantau Panjang, Kelantan.

PENGENALAN :

Kursus dan bengkel Penggunaan ASTRO perlu dilaksanakan untuk meningkatkan kefahaman, teknik dan mengoptimumkan penggunaan Astro sebagai rujukan dan bahan Pengajaran dan Pembelajaran secara terancang.

Oleh itu, pihak PKG Rantau Panjang akan mengadakan kursus dan bengkel kepada Guru Media selaras dengan hasrat dan Dasar Kerajaan untuk memperkasakan Sistem Pendidikan Di Malaysia bertunjangkan teknologi serta sesuai dengan motto Bahagian Teknologi Pendidikan – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari.

Guru Media berhak mendapat pendedahan untuk memastikan Program Kampus ASTRO tidak berkubur atau hanya sekadar hidup segan mati tak mahu. Kefahaman yang jelas, pelaksanaan yang terancang mampu menambahkan lagi percambahan sumber ilmu untuk guru sampaikan kepada pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF:

  1. Memberikan pendedahan kepada Guru Media tentang objektif dan pelaksanaan Program Kampus Astro.
  2. Memberikan pendedahan kepada Guru Media tentang penggunaan Dekoder Astro untuk memilih rancangan yang sesuai untuk subjek Pengajaran dan Pembelajaran.
  3. Memberikan pendedahan kepada Guru Media tentang Teknik Rakaman dan Pengasingan Slot Rakaman Serentak secara live di Astro dengan menggunakan Dekoder Astro.
  4. Guru Media mempraktikan tatacara Rakaman Slot secara live atau seminggu sebelum rancangan bermula serta pemilihan tajuk rancangan yang sesuai dengan Pengajaran dan Pembelajaran.
Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: