Laman Blog PKG Rantau Panjang

November 23, 2011 Leave a comment

Makluman kepada semua pelayar internet, blog PKG Rantau Panjang kini telah ditukar kepada laman sesawang yang baru iaitu di http://pkgrantaupanjang.blogspot.com

Harap maklum.

Categories: Uncategorized

Keadaan Lantai Atas PKG Akibat Kebocoran Pada Bumbung

April 10, 2011 Leave a comment

Berikutan keadaan hujan yang tidak menentu serta lebat, telah menyebabkan air masuk melalui bumbung yang telah bocor pada bilik Solat, tingkat atas PKG. Perkara ini telah dilaporkan kepada BTPN Kelantan & Pn Hjh Masdiyah Bt Jemain selaku KPP telah datang melihat sendiri keadaan tersebut.

Pihak kami selalu mengalami masalah apabila setiap kali hujan kerana air hujan tersebut akan bertakung dan menyerap masuk & turun melalui lubang pada lantai. Laluan air tersebut terlalu hampir dengan ELCB iaitu main suis pada bekalan elektrik. Oleh itu, pihak kami memohon kerja-kerja penyelengaraan bumbung PKG dengan secepat mungkin, bimbang  jika keadaan lebih teruk akan berlaku.

 

Categories: Uncategorized

Seminar Kecemerlangan B.Melayu, B.Inggeris, Matematik & Sains

April 10, 2011 Leave a comment

Seminar tersebut telah diadakan di PKG Rantau Panjang pada 29 Februari 2011 yang lalu. Di PKG Rantau Panjang ada 2 bilik yang digunakan ialah di Bilik Seminar 1 & Bilik Seminar 2, bagi seminar B.Melayu & B.Inggeris & selebihnya Bilik gerakan & Bilik Seminar di SK Rantau Panjang. Seminar ini diadakan bertujuan untuk meningkat pengajaran serta professionalisme dikalangan guru-guru sekolah serta dihadiri oleh guru-guru dari Zon Gual Periok & Rahmat.

Categories: Uncategorized

Majlis Sambutan Maulidur Rasul di SK Rantau Panjang

April 10, 2011 Leave a comment

Baru-baru ini, SK Rantau Panjang telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul di SK Rantau Panjang bersempena dengan Hari keputeraan Nabi Muhamad S.A.W. Majlis ini diadakan di peringkat sekolah sahaja, dan disambut oleh pelajar-pelajar tahun 1 -6, guru-guru sekolah berkenaan dihadiri oleh jemputan khas Pengerusi PIBG, bekas-bekas guru SKRP serta sokongan, & penduduk-penduduk sekitar.

Pada sesi pagi, para pelajar didedahkan dengan 1 ceramah motivasi diri yang istimewa disampaikan oleh penceramah dari Pasir Mas. Ceramah tersebut berkenaan dengan sejarah-sejarah, serta perjuangan Nabi Muhamad S.A.W. yang patut dicontohi & diteladani dalam diri setiap insan. Di bahagian dapur pula, guru-guru masing sibuk membuat persiapan makanan. Pihak guru lelaki masing-masing sibuk menyiangkan daging lembu, manakala guru-guru perempuan pula sibuk menyiapkan bahan-bahan serta penyediaan rempah ratus yang perlu.

Seterusnya, majlis diakhiri dengan bacaan Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W. secara beramai-ramai. Setelah selesai berselawat, semua pelajar & guru-guru serta jemputan dijemput untuk makan & minum beramai-ramai.

Categories: Uncategorized

Preventive Maintenance (PM) di SK Gual Sitok

April 10, 2011 Leave a comment

Berikutan ada permintaan dari Guru ICT di sekolah terbabit, maka saya telah menjalankan Preventive Maintenance (PM) pada peralatan ICT di Makmal Komputer & Pusat Akses sekolah berkenaan. PM ini dijalankan selama 3 hari iaitu pada 20, 21 & 22 Februari 2011. Akibat dari kekangan masa, saya hanya berkesempatan untuk melakukan PM pada komputer yang mengalami masalah sahaja.

Antara sesetengah komputer yang dimasuki habuk, serta setelah sekian lama tidak digunakan maka ianya akan mengalami masalah pada Hard Disk & RAM. Oleh itu, apa yang seharusnya dilakukan ialah, cuci habuk pada luar & dalam Casing, di kipas prosessor serta gosok RAM dengan menggunakan pemadam. Habuk-habuk tersebut seharusnya divakum dengan menggunakan Vakum Cleaner, supaya ia tidak tersedut.

Selain itu juga, terdapat juga komputer yang mengalami kerosakan pada Window, saya juga berkesempatan untuk melakukan instalasi window XP yang baru ke atas komputer tersebut. Hasilnya terdapat 6 serta 3 buah komputer, masing-masing di makmal komputer & pusat akses yang hanya dilakukan PM & 1 buah terpaksa di format semula di makmal komputer. Disamping itu juga, terdapat 2 buah komputer yang mengalami kerosakan pada Hard Disk & Motherboard. Oleh itu, saya telah menyarankan kepada guru ICT sekolah berkenaan supaya membuat laporan kerosakan Support Ticketing System (STS) dengan kadar segera.

Categories: Uncategorized

Pemantauan Selepas Banjir ke SMK Rantau Panjang & SK Lubok Setol oleh Hjh Masdiyah Bt Jemain

April 10, 2011 Leave a comment

Berikutan dengan arahan dari Kementerian Pendidikan Malaysia, maka Pn. Hjh Masdiyah Bt Jemain iaitu selaku Ketua Penolong Pengarah telah turun sendiri ke kedua-dua sekolah terbabit. Kedua-dua sekolah berkenaan adalah antara sekolah yang paling teruk dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh dalam kelompok PKG Rantau panjang. Ini adalah berikutan dari limpahan air Sg golok, serta lokasi sekolah berkenaan adalah berhampiran dengan Sg Golok.

Pemantauan ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri keadaan sekolah berkenaan selepas dilanda banjir, disamping itu juga, pihak sekolah perlu mengisi borang lampiran yang disertakan untuk menilai & menggantikan  peralatan yang telah rosak termasuk perabot di kelas murid-murid serta peralatan-peralatan ICT yang telah rosak. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas kedatangan Pn. Hjh Masdiyah Bt Jemain.

Categories: Uncategorized

Talian bantuan School Broadband

March 10, 2011 Leave a comment

Assalamualaikum wbrth dan Salam 1Malaysia

Pertukaran no talian helpdesk TM terbaru:

  1. Talian bantuan School Broadband 1800 22 7722 akan bermula pada 7 Mac 2011.
  2. Talian 1060 akan ditamatkan dan sekolah boleh membuat aduan sehingga 15 Mac 2011 sahaja.

Harap maklum.

Categories: Uncategorized